22, 23 & 24 October 2022 💬

Assalamualaikum & hai, 

Minggu ni balik kampung, tapi... Ma kelik Klate. So, ade Abah dekat rumah and kitorang (Akakngah, Akaktiey, Syida & Adik) je. Semalam sampai dari Shah Alam pukul 2 pagi macam tu. Balik2 kerja, terus pergi KTM ambil Syida. Harini Syida naik KTM sampai Shah Alam, so kite boleh balik kampung sesama. Katanya dari U dia takde bas ke Temerloh, jadi dia naik KTM all the way from Seremban. Its okay, Akakngah can pick up you, tapi sorry la tunggu lama, Akakngah kan busy, so balik lambat sikit. Kesian dia kene tunggu lama hehe ☺.

Dah settle ambik Syida, bawak Syida balik rumah sekejap, nak mandi2 dulu, melekit ye haha! Dah la lapar gila, tapi fikir nak sampai Temerloh cepat je ni 😇. Dah settle mandi, saya bawak semua baju yang belum basuh bawak masuk kereta. Haha mana sempat nak basuh, kan kene kejar masa 😆. Lepastu terus pergi ambi Akaktiey and Enjang. Masuk je Tol Gombak, kemain jam ya! Dah la mengantuk 😴! Geram je nak suh Akaktiey drive, tapi malas nak ke kiri jalan. Nak pergi ke kiri jalan pun fikir banyak kali, sebab tak tahu nak menyelit cemana bila banyak gila kereta. So, drive jelah mengantuk2 pun, tapi bahaya ye sebab kdang2 tu rasa macam micro sleep jap. Nasib baik saya memang jenis kalau drive, memang kalau boleh nak jauh dari kereta depan haha 😅.

22 October 2022.

Awal pagi dah bangun, tapi tengah fikir lagi nak makan ape, so decided pergi pekan sari dan beli nasi lemak untuk Abah dan adik2 saya. Paksa Adik bawak saya naik motor sebab tak kuasa koi nak jalan kaki pepagi sorang2 pergi pekan sari hahaha 😅. Pusing pekan sari tak beli ape2 langsung, tapi singgah kedai makcik nasi lemak hijau untuk beli nasi lemak. Sampai rumah, Abah tanya saya beli apa, saya cakap saya beli nasi lemak je. Abah tanya barang dapur tak beli ke? hahaha soalan tu dari pagi saya dah fikirkan, tapi saya tak beli sebab dalam peti ais banyak lagi barang basah. Jadi tak perlu beli kut, sebab Abah bukan masak pun sejak2 Ma balik Kelantan ni, balik dari kerja Abah cakap Abah pergi makan dekat kedai 😆. Lagipun kat masjid kan kadang2 ade makan malam.

Makan pagi settle! So kene fikirkan apa yang nak makan tengahhari ni🤔. See! Saya la kene fikirkan. Biasanya Ma yang prepare makanan, kitorang tak perlu fikir pun hahaha. Thank you ma, miss you 🥺❤! Ni ma takde ni, kene pandai2 la nak fikir makan apa. Luckily, Abah bawak adik2 saya pergi bandar Temerloh, so tak perlu fikir nak makan atau masak ape untuk diorang. Saya tak ikut sebab nak kemas rumah dan basuh baju. So, saya okay je kalau tak makan tengah hari huhu sebab dah biasa. Bila Ma takde dekat rumah ni kan, pandai pulak adik2 saya berdikari, basuh baju sendiri, sidai sendiri. Impressive kan? Even Babyboy Akakngah pun basuh baju sendiri tau. Siap sidai sendiri lagi. Lipat baju sendiri. Iron baju sendiri. Semua orang jadi pandai buat kerja rumah. Akakngah so proud of you geng 😆😍😛.

Akaktiey request nak makan mi kari pagi tadi. Balik dari Temerloh, diorang bawak balik barang2 yang perlu ada untuk masak mi kari. Banyak ye, nak makan berapa orang je. Its okay. Sebabkan saya tak makan lagi, saya masak la maggi 1, tibe2 Abah duduk sebelah and tibe2 jadi geng makan maggi dan share makan sesama. Haha kite yang masak, Abah yang habiskan. Comel jelah Abah pun. Abah cakap dah lama tak makan maggi katanya 😆. Petang tu, saya dah prepare semua barang2 untuk masak dan letak atas meja. semua dah siap! Tinggal tunggu orang untuk masakkan je nanti. Saya cakap dekat Abah, "Kite dah siapkan semua barang atas meja, nanti Abah masak okay?", Abah cakp "Okay, takpe campak2 je nanti". Amboi Abah, kemain campak2 je dia cakap. Hm. After maghrib baring2 sat dalam bilik sementara tunggu Isyak, tibe2 Abah cakap "Kenapa tak masak lagi?" Aikkkk hahaha, Bukan tadi Abah cakap nak masak ke? Abah cakap taklah, so nak taknak kite la kene masak, nak harapkan adik2, diorang pun tak pandai masak jugak haha.

Semua resepi mi kari saya google tau, nak tengok mana yang sesuai untuk follow and yang penting kene paling simple dan cepat untuk siapkan kuah dia! Last2 follow resepi kat blog. Tu pun macam, masukkan jelah ape2 pun, malas nak follow haha. Lama ye duduk depan dapur tu untuk masak. Saya mana pernah masak dalam quantity yang banyak untuk family saya! Haha dah siap tu, kalut duk panggil Akaktiey dan Syida suh rasa. Banyak kali diorang rasa, haha last sekali pangil Abah jelah. Abah cakap okay 😆👍. Kitorang tunggu Adik balik dari masjid dan makan sesama. Adik balik dari masjid, dia bawak 2 bungkus nasi, Akakngah memang makan nasi la kan. Nak makan masakan sendiri pun macam tak selera sangat, mungkin macam tu la perasaan mak2 yang sendiri masak, sendiri makan hehe. 😅 Wah semua orang bertambah makan hehe 😆. Lepastu saya makan la mi kari yang saya buat. Okay sedap la untuk level newbie untuk saya ni kan. Hehe patut la diorang bertambah makan! Tak lama lepastu Kakak datang, saya cakap dekat kakak, okay tak? Berapa /10? She said 8/10. Yeayyy 😍! Thank you google! :) Gambar mi kari tak sempat nak ambik, gambar bahan2nya sahaja ade.

23 October 2022.

Esoknya tu, pagi2 saya paksa Kakak masakkan sarapan pagi. Kakak masak mi goreng dan cucur. Actually, saya tunggu jugak kalau2 ada yang sakit perut ke makan mi kari semalam. Alhamdulillah semua okay je saya tengok 😆😆. Tengahhari kami pergi kenduri dekat rumah jiran, so tak perlu fikir nak makan & masak apa dah. Malam kitorang masak 'Ikan Patin Masak Sambal Hijau'. Mesti la kakak saya masakkan, dia kan kakak, hehe gurau je 🤭. Kitorang masak sama2, tapi Kakak yang jadi mastermind, banyak ikan patin Kakak bawak. Abg Amin (suami Kakak) rajin memancing, so banyak sangat ikan dekat rumah diorang, saya dah pesan kat Kakak siap2 sebelum datang sini, tolong bawak ikan patin! Gambar bawah ni gambar waktu nak pergi kenduri. Tengok la anak buat tuttifruitti saya tu, tengok je macam tu, nakal ye! Semoga Aariz membesar kuat, sihat dan pandai ya! Aariz suka flash card, so activity malam2 ajar dia flash card. Yang sebelah tu mesti lah Abah saya. Abah saya garang tau. Awas! Haha 😆.

 

Petang saya pergi hantar Akaktiey ke Terminal Bas Temerloh, dia balik Subang harini, esok dia kerja. Dia dah siap beli tiket awal2 sebelum balik haritu. Alang-alang dah dekat bandar Temerloh, saya singgah UMobile sekejap untuk redeem phone. Phone Ma rosak haritu sebelum Ma balik Kelantan. So, susah betul nak call Ma. Sekarang Ma pakai phone lama Abah. Jadi saya decided untuk redeem phone dekat UMobile and bagi dekat Ma. Mesti Ma happy dapat phone baru hihi 😊. Lepastu nak balik rumah, sempat singgah carwash. Yang tau je tahu  betapa comotnya kereta sayaaaaa 😌! Nak bagitahu, perempuan ni, selagi takde orang basuhkan kereta dia, selagi tu la dia tak basuh kereta. Saya dah survey dah dengan kawan2 saya, diorang pun macam saya. Tahu guna je. Mungkin sebab tu kaum adam ni selalu bising dekat perempuan. Haha sorry guys. Saya bernasib baik sebab Abah & Abang selalu tengok2kan kereta. So, tak la risau sangat. InshaAllah.

24 October 2022.

Awal pagi Abah dah balik dari kedai, Abah belikan nasi lemak untuk kami. Thank you Abah ❤. Harini saya telah di assign oleh Abah untuk Syida ke Seremban. Abah cakap dekat je. Okay lah saya try. After lunch (ps: Syamiza yang masak) nasi goreng, saya dah kemas2 barang untuk hantar Syida dan balik Shah Alam terus.

Saya gerak dari rumah after Zohor dalam pukul 2 macam tu, saya lalu jalan Triang-Bera tu, kemain berliku2 ya. Dah la banyak lori 😑! Jalan kampung sangat ni. Nak memotong pun kene fikir banyak kali sebab tak nampak kereta dari depan. Bahaya! Banyak kali saya tanya Syida betul ke jalan ni, sebab jalan kampung sangat ni, kadang2 tu macam takde kereta. Tapi jalan cantik. On the way ke U Syida, tiba2 hujan guys, lebat pulak tu. Saya dah la tak suka drive waktu hujan2 ni, sebab pemandangan kan terhad 🥺. Sampai dekat U Syida dah pukul 6petang. Lamanya 4 jam kut. Abah cakap 3 jam je. Mungkin sebab hujan kut, tu yang delay sejam tu 🤔. 

Its okay, Alhamdulillah dah sampai pun kan. Sampai tu, first impression saya adalah, okay macam lebih kurang besar Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh)- matriks lama Syida. UiTM Seremban taklah besar macam UiTM Shah Alam (U-Abang) atau Uitm Jengka(U-Akaktiey), tapi view dari bilik Syida cantik 😍! Yang penting ada lift okay U dia. U Akakngah dulu mana ada lift huhu. Masuk je bilik Syida, kawan dia datang tegur and salam saya. Hahah malu jap 🙈. Sempat la tangkap gambar and hantar kat group family. Mission hantar Syida ke U accomplished ✅! Next, balik Shah Alam pulak.

Saya keluar dari U Syida, jam teruk gila untuk jalan naik highways tu. Saya dah waze, lebih dari sejam jugak la nak masuk highway tu. Padahal highway tu keluar je dari U Syida, terus ada simpang nak masuk highway. Memandangkan saya seorang yang malas ber'jam' dengan orang lain, saya decided untuk masuk highway yang depan sikit, around 30km macam tu. Tapi saya masuk highway tu after 1hour sebab heavy traffic, jalan bengkang-bengkok dan hujan lebat. So, semua kenderaan bawak dengan berhati-hati. Saya pun! Safety first okay! Lagipun dah nak waktu maghrib waktu tu, kawasan kat sana pun dah gelap.

Sepanjang jalan dari keluar U Syida sampai Shah Alam hujan lebat, hujan yang macam memang kadang2 tak nampak line putih dekat atas jalan tu langsung 🥴. Ada satu kali tu saya hampir nak accident tau. Waktu tu kan hujan lebat, saya ikut jalan yang dekat Bangsar tu, ade macam flyover macam tu, so saya jalan ikut jalan bawah and ikut first lane, first lane takde orang sangat sebab kan hujan, so orang bawak slow, saya pun bawak slow, tapi saya guna first lane sebab kalau boleh taknak ikut orang depan, lagipun nanti say nak masuk kanan. Lepastu kan, ade sekali tu, mungkin tayar belah kanan masuk lopak air ke ape kan, so saya punya tayar tu macam tak stable tau, nasib baik saya memang pegang stereng kereta kuat2, sebab memang kereta tu macam nak berpusing tau. Lepastu, orang belakang siap hon lagi, mungkin diaorang ingat saya mengantuk kut. Sumpah berdebar gila jantung ni! Allah je tahu 😭. Saya terus nangis sebab saya letih drive non-stop, dah la hujan lebat, hampir accident pulak tu😭. Allah je tahu perassan saya waktu tu. Lepastu nak on the way ke Shah Alam tu , boleh pulak ade banjir tengah jalan. Nasib baik boleh lalu ikut tepi. Energy dah drain gila, dah la lapar. Sampai je Seksyen 15, saya terus pergi kedai burger abang yang dekat 7Eleven tu. Tak tahu nak makan apa, tapi lapar. Tu je yang sempat nak fikir.

Sampai rumah saya terus call Abah, cerita dekat Abah pasal tadi. Abah cakap takpe dah pergi rehat. Tak lama lepastu Ma call, mungkin ma risau kut. Apa-ape pun Alhamdulillah selamat sampai. dekat pukul 10 jugak baru sampai rumah. So, total 8 jam saya drive dari Temerloh nak sampai Shah Alam. Ni kalau balik Kelantan ni, dah sampai ni. Sambil saya makan tu saya nangis sebab saya letih, lepastu balik kali ni kan tak jumpe Ma. Saya rindu 😭.


Esoknya saya cuti. Saya memang dh apply AL awal2. Ingatkan nak dduk Temerloh lama lagi, tapi dah balik Shah Alam awal. Takpelah kite rehat2 dekat sini jelah. Macam panjang pulak post kali ni. Dari haritu nak publish tapi, dah sambung2 tulis, sampai ke sudah tak habis cerita saya ni 🤭.

Okay korang. Goodnight and have a sweet dream.

Love as always,
Syamiza💕
 

Comments

Popular posts from this blog

hidup aku di Kolej Matrikulasi Teknikal Johor .

cara" memilih ubi kentang dengan betul :)

maksud NUR SYAMIZA .