25 September 2022 πŸ₯Ί

Assalamualaikum dan hai πŸ₯Ί.

Malam tadikan tidur awal after keluar dengan Kakpah. Bangun pukul 2 pagi macam tu, tengok instagram, nampak story roommate saya. She said lebih kurang macam ni la, dah settle cari rumah sewa kat sana. Terus saya nangis. The most scariest moment will happened, Siti akan pergi tinggalkan Miza. Lepastu terus tak boleh tidur. Saya nangis je tengok Siti kat katil sebelah. Tengah taip ni pun masih menangis ya 😭😭. Haritu nampak story dia tengah cari bilik sewa kat sana. Tapi tak sangka pulak dia cari kan untuk diri sendiri. Saya pun busy sangat sampai tak sempat nak tanya. Tapi saya tahu dia dah dapat kerja kerajaan, tapi belum tahu dekat mana je lagi and bila dia akan start kerja. Kan tak boleh tidur, saya pergi dapur nak minum air, saya tengok semua kasut2 Siti dah bersusun atas troli dia 😭😭.

Pagi tadi dekat dapur, Siti tengah makan and saya baru nak goreng telur. Saya tanya Siti bila Siti last? Dia cakap minggu depan. Terus meleleh air mata ni. Terus je cakap kat Siti ' Sampai hati tak bagi tahu Miza'. Dia reply 'Nak bagi tahu tapi takut Miza sedih' 😭😭😭😭😭😭😭 Terus I cry 😭😭😭 Masuk bilik sebab nak kesat air mata. Ego kan saya? Haha.

Petang tu Siti keluar, mungkin pergi settlekan apa yang patut πŸ₯². Tak lama tu Nor balik. Terus saya bagi tahu Nor. Sumpah sedih, tapi kan kene sabar. Untuk hilangkan sedih Miza, Nor ajak pergi I-City Mall sesama. Thank you Nor, selalu dengar cerita Miza ❤. Selain Siti, Nor orang yang saya akan cari bila balik rumah. Diorang selalu ada bila saya balik rumah. Tak jauh beza pun umur kitorang, Nor and Siti saya dah anggap macam kakak2 saya ❤. Kalau saya tak sihat, diorang orang yang pertama sampai depan katil saya πŸ˜‚. Lepastu borak2, kdang2 tu lupa pulak kite ni dah sihat ke belum, rancak sangat berborak hihi πŸ˜…. Lepastu diorang selalu masak dan ajak miza makan sesama πŸ₯². Diorang tahu saya busy and tak pandai masak πŸ˜….

Biasanya hujung minggu kalau teringin nak makan sesuatu, selalunya pergi beli barang, prepare barang untuk masak, potong la sayur ke ayam ke ape2 lah, prepare bahan2, lepastu request diorang masakkan πŸ₯°. Saya duduk tepi je, belajar masak dengan diorang πŸ˜‚. Saya memang fail sikit bila bab masak ni πŸ™ˆ. Mak mertua please jangan reject saya πŸ˜….




Kekonon nak window shopping je, cuci mata tengok2 je. Sekali terbeli jugak sekali dua. Eh πŸ™Š. Haha biasalah perempuan kan. Lepastu baru pergi makan sesama 🀭.

Balik rumah, sambung berborak lagi dengan Siti & Nor sambil Siti kemas2 barang. Siti cakap dia nak bagi tahu saya dari hari khamis minggu lepas lagi. Tapi dia tak sampai hati dan tak tahu nak bagi tahu macam mana. Banyak kali saya cakap dekat Siti 'Sampai hati Siti'. Dengar macam bergurau, tapi saya serius, sampai hati Siti nak tinggal Miza 😭. Saya cakap dekat Siti, saya akan cakap 100x macam tu! Siti cakap dia last hari rabu ni. Saya ingatkan sabtu atau ahad πŸ˜”.

Sorry la kalau post ni macam emotional sikit πŸ₯ΊπŸ₯Ί Saya sedih je πŸ₯Ί.

Ok korang. Goodnight, esok dah nak kerja lagi kan? Tapi saya halfday je esok 🀭.

Love,

SyamizaπŸ’•


Comments

Popular posts from this blog

hidup aku di Kolej Matrikulasi Teknikal Johor .

b'QWERTYUIOP

cara" memilih ubi kentang dengan betul :)