27 August 2022 📚
Assalamualaikm hai kawan2 saya yang mesti baru baca blog saya! Hehe 😅
Hari ni hari sabtu 27 August 2022. A delightfully quiet day. Hari sabtu kan hari cuti hehe memang la sunyi pepagi kan? ðŸ¤
Awal pagi dah bangun siap2 untuk pergi factory. Kenapa kerja? Sebab nak follow up insert yang tengah run dekat wirecut. Insert tu nak guna untuk machining part dekat CNCLathe. Sebabkan kami pinjam machine and machinist dari team lain, kene la sediakan equipment atau tooling untuk diorang guna. Saya sampai factory tadi pukul 7.45pagi. Sebelum tu singgah foodcourt UTAS beli sarapan. Mcam biasa la pagi2 saya makan kuih hehe 🤗. On the way pergi kerja nampak X (foreign worker, biasa kalau saya terserempak dengan dia tengah jalan kaki, saya akan pickup dia dan bawak dia pergi kerja sesama). X pun beli kuih jugak k. Hehe, saya ajar dia makan kuih-muih dekat Malaysia. Ada beberapa kuih yang dia cakap sedap tau 😋.
Semalam dah pesan dekat kawan nak kena siapkan insert awal pagi. Tapi barang yang kawan saya running semalam pun belum siap lagi. Pukul 11 lebih tadi baru dia machining test cut insert. Pukul 12 macam tu baru start machining actual insert that will be used. Sebab kan dah pukul 12 lebih, saya balik dulu. Tapi dah pesan dekat machinist untuk ambik insert and run parts.
By the way, thank you kawan saya, pagi2 dan belanja air soya. Hehe tengah2 bawak forklift dia panggil saya and bagi air. Baikkan? Haha bertambah la collection air dalam drawer saya 😅 Saya kan tak minum air manis sangat, biasanya kalau kawan2 bagi air, saya akan simpan dalam drawer lepastu saya akan bagi kawan2 yang lain hehe. Sorry kawan2 yang bagi saya air 😅.
Minggu ni kerja macam biasa la. Parts problem jugak benda biasa haha. Buat kerja macam biasa dari pagi sampai petang, cukup masa kita balik, Lepastu jumpe supplier tooling & join Merdeka celebration dekat company. Ada la terselit photo saya sikit2, sebab saya kan tak ikut tema. Hehe. Tudung je ikut tema! Yelah kan kerja dekat production, takkan nak pakai baju kurung, safety first okay? 🤠Lagipun saya kan cepat berpeluh, so macam malas lah nak pakai baju kurung hehe.
Okay sambung cerita harini, balik pukul 12.15pm macam tu, singgah rumah untuk ambil telekung. Entah macam mana boleh lupa ambil telekung pagi tadi. Padahal dah masuk dalam beg dah. Nampak sangat selalu makan semut hihi 😅.
Harini plan nak pergi solat dekat Masjid Biru Shah Alam (Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz). Sebab rindu nak pergi masjid. Lagipun rase demotivated sangat. Entah kenapa. Semoga semua baik2 sahaja. InshAllah. Lepastu sekarang entah kenapa jadi sensitive sangat. Hati tisu, tapi acah2 kuat depan orang lain. Haha. Korang macam saya tak? Loads to tell 'you'. Tapi 'you' never have time to hear my story. So, kita pergi masjid jelah. Allah kan dengar semua yang kita nak share. InshaAllah.
Lepas solat, baru gerak pergi library. Library ni sebenarnya my fav place to go. Boleh la baca2 buku. Biasa kalau pergi library at least kene habiskan baca 1 buku tak kira la buku nipis ke tebal ke, buku fiction ke ilmiah ke. Apa2 jelah kan. So today kita pick 4 buku untuk baca, yang betul2 habis baca 1 je, 'Weird but true'. Yang lain tu selak2 je haha. Mana sempat! Ingat kite ni robot ke? Eh 🙊. Lepastu sekarang dah ade fav place untuk lepak2 sambil buat kerja hehe.
Lepastu bukak buku yang setiap hari saya tulis saya jotdown book. Suka baca balik apa yang saya buat waktu kerja, nampak la buat kerja sikit hihi. The most satisfying moment adalah bila buat garisan untuk divide each day. Boleh la tengok hari apa yang saya malas dan hari apa yang saya rajin hehe 🙈. Saya pun ade masa rajin ada masa malas ya. Biasalah kan manusia jugak!
So sekarang dah pukul 5.15petang, dekat sini hujan lebat tadi. Ingatkan tak sejuk sangat dekat dalam library ni. Tapi boleh tahan sejuk jugak ye hehe. Sekejap lagi nak balik, singgah masjid, solat. Kalau sempat nak maghrib sekali dekat masjid. InshAllah. Lepast baru balik cari makan hehe. Tak lunch lagi harini!
Updated, Alhamdulillah sempat singgah masjid even hujan 😊. Rindu nak ikut ma abah pergi masjid. Biasa kalau balik ma selalu ajak kite teman pergi masjid sesama 🥰.
You know what, saya sambung edit this post hari Isnin, 5 Sept 2022. Busy betul ya sampai lupa nak tekan button publish!
Love,
Syamiza 💕
Comments
Post a Comment