10 September 2022 👰♀️
Assalamualaikum dan hai 🤗.
Today is Tyha's wedding day yeay 🥰 Can't wait to meet her 😍 Mesti cantik!
Harini hari sabtu, tadi lepas subuh ingat nak sambung tidur sekejap, nak qada' tidur yang tak cukup tu. Tapi tulah makin dewasa ni, makin susah nak tidur lepas subuh. Mungkin sebab dah terbiasa lepas subuh siap2 pergi kerja. Kan? Korang macam saya tak? Haha 😅. Lepastu, kite baring2 atas katil sambil fikir nak pergi wedding Tyha ke tak. Sebab saya masih selsema dan batuk2 macam tu. Tapi pagi ni lagi teruk. Sampai dah terfikir untuk tak attend wedding Tyha sebab takut berjangkit dekat orang lain pulak 🤕.
Lepastu terus ambik test kit Covid and test. Alhamdulillah -ve. Terus bangun siap2. Haritu tak attend wedding Ika sebab demam, batuk and selsema jugak! Kali ni memang nekad tak nak terlepas pergi wedding kawan2 saya lagi 😂.
Pukul 11 baru gerak pergi Kuang (tempat wedding Tyha). Jauh jugak ye dari Shah Alam, kene lalu Elmina. Ni 1st time pergi Kuang and drive sesorang. Entah jalan mana saya lalu saya tak pasti tapi saya follow je waze. Janji sampai. Tapi kan waktu nak balik tu rasa sekejap je sebanarnya haha.
Kat wedding Tyha, jumpa kawan2 UMP. Rindu korang! Semua dah dewasa. Hehe. Last jumpe diorang waktu convo. Mungkin 3 tahun yang lepas. So sempat la snap gambar sesama. Thanks korang kawan dengan miza masa university.
Okay meh kite berkenalan dengan kawan2 saya yang saya sempat jumpa waktu attend wedding Tyha. Dari kiri bawah start dulu. Farahin, Byha, Miza, Tya. Okay yang atas pulak dari kiri, Dayana, suami Tyha, Tyha & Mira.
Tyha dengan saya banyak class yang sama waktu belajar dekat UMP. Btw kitorang punya id pun sebelah2. Tyha FA14029, saya FA14030. Our first class in the morning waktu sem 1 is Technical Drawing. Waktu ni la kami kenal. Lepastu kawan sampai sekarang.
Kalau dekat UMP, kitorang setiap sem ade open course registration. Which is, semua student kena pilih subject yang akan diorang ambil untuk next sem. So, waktu ni semua orang dah duduk depan laptop, pasti kan connection internet okay and siap2 untuk berperang! 😆 Haha tak lah. Siap2 untuk berebut subject and class yang kite akan register untuk next sem. Biasanya 1 subject dia akan buka beberapa class sahaja. 1 class biasa student hanya 30 ke 40 orang macam tu sahaja. So siapa cepat dia dapat. Kebanyakan class saya and Tyha sama. Ada je class yang tak sama. Kalau waktu free ke bosan2 ke nak buat assignment ke mesti pergi bilik tyha atau tyha dtang bilik kite. Hehe. Rindu pulak nak belajar tapi nak sambung belajar dah malas sebenarnya 🤭🤭. Okaylah byeeee korang.
Love,
Syamiza💕
Comments
Post a Comment