20 & 21 August 2022 🌴
Assalamualaikum dan selamat malam awak2 😁.
Sekarang dah pukul 11.14pm, 22 August 2022.
Korang jangan pelik tau kenapa saya rajin update blog. 1st sebab nak clear storage phone. 2nd sebab nak bercerita dalam masa yang sama nak tulis2. Hehe. Ya storage dah nak full, tapi kite kan suke snap2 photo. Dedulu boleh la, phone company provide, so phone personal dengan phone company lain2. Nak tangkap gambar kerja boleh guna phone company . Jimat la jugak storage kan? Sekarang semua 2 in 1 😂. Sebab 2 in 1, kite rasa Samsung is the best choice sebab tahan lasak bila kerja dekat production. Hahaha. 😂 K habis bebel.
*continue...
7.51 in the morning, 23 August 2022.
Awal pagi dah turun hujan rahmat. Okay cepat doa! 'Allahumma Soyyiban Naafi'an'. Masuk2 kerja tak sampai 10 minit, tangah dah berdarah sebab kene table vise.
Nak cerita pasal weekend haritu...
20 August 2022
Actually, waktu balik ke Temerloh, aircond kereta tak function, dia keluar angin je! Saya sedar aircond tak function waktu hari khamis, kononnya nak bawak kereta balik rumah sebab nanti senang nak kemas2 barang and bawak balik Temerloh. Lagipun nak panaskan enjin kereta, sebab dah 2 ke 3 hari macam tu tak bawak kereta? Nasib baik balik pagi sabtu tu tak panas sangat 😅.
Tengah hari, abah call cakap datang kilang dia ambik dia sebab nak pergi service aircond. Tapi sebab ade orang tu lambat bersiap (abang lambat), abah cakap abah tunggu dekat bandar jelah senang. By the way nanti ada masa saya cerita macam mana waktu kecik saya ikut abah pergi kerja! Sampai je workshop Seng, Abah dah tunggu, ramai orang kat workshop dia. So mechanic dekat sana check2 dan memang betul gas aircond dah kurang. So, dia topup jelah. And it is FREE!!! Because abah kan pelangan tetap dia, hehe. Kalau tak kene charge RM30. Thank you uncle.
Lepastu, tepi workshop Seng, ada kedai accessories kereta, mintak abah tanyakan ade tak jual yang getah tepi kereta tingkap kereta tu. Sebab yelah getah dia dah reput, dari mula kereta keluar sampai sekarang tak pernah tukar2 😆 Luckily ada. Haritu cari kat Shah Alam, tapi tiada. Tapi kemain ye mahal. 1 getah tu sekali pasang RM50. So, tukar 2 je dulu haha. Baru la nampak macam kereta sikit lepas tukar. Kalau tak geram je tengok. By the way, dalam shoppe ada je jual, tapi saya ada trust issue sikit dengan shoppe ni kalau beli barang mahal2, haha so tak beli kat shoppe kalau barang mahal2, kecuali trusted seller yang ade 5star haha. Tapi boleh try beli getah ni kat shoppe nanti.
Next, kite ikut abah pergi beli barang dapur. Paling suka ikut ma atau abah pergi beli barang dapur. Boleh spend time sesama. Kitorang beli barang untuk buat mi kari sebab Atiey request nak makan mi kari. Abah pun suke mi kari. Abah suke kuah kari dia. Abah cakap mi abah kurang makan sangat hihi. Petang tu kitorang siap2kan barang untuk ma masak. I ambik tugas mesin kelapa. Haha ketar tangan ye. Pagi dah buat, petang kene mesin kepala lagi. Huhu.
Petang tu anak buah tuttifruitti saya datang rumah. Setiap kali kitorang balik, kakak akan bawak baby aariz datang rumah. kemain happy ya dia sebab ade ramai yang nak melayan dia. Tengok gambar pun dah tahu nakal ye. Kemain lasak.
21 August 2022
Awal pagi ma dah kejut untuk pergi solat subuh sama2 dekat masjid. Biasanya dekat masjid akan ada kuliah subuh setiah Ahad (saya tahu hari Ahad je sebab balik hujung minggu je, mungkin hari lain pun ada juga). Lepas siap solat, pergi makan dekat canteen masjid (paling best sebab makanan dekat masjid sedap2! Hihi) Harini makan nasi lemak. Ada beberapa makcik2 kawan ma tanya saya, 'balik setiap minggu ke?' 'Ni yang belajar dekat mana dah?' Haha makcik, saya balik setiap 2 minggu tau, kalau saya balik setiap minggu tu BONUS. And saya dah kerja, dah habis belajar hehe 😆😆.
Pada saya, balik rumah parents tu penting ya, kalau boleh nak balik setiap minggu. Selalu cakap dekat diri sendiri, sementara masih bujang dan masih ada ma abah, kene la balik. Setiap kali nak balik, saya akan paksa abang dan Atiey balik sekali. Manager saya pun tahu saya selalu balik, setiap jumaat dia tanya 'Miza balik kampung tak minggu ni?' 😂😂 Kawan2 selalu usik cakap untung la selalu balik. Dia tak tahu rasanya duduk jauh dari family. Bila duduk jauh ni korang takde strong support system yang support korang bila korang down, sedih, marah, ofcourse nak juga share berita happy dengan family kan?
Okay2 next..
Next activity di pagi hari, saya ajak adik bawak pusing2 kampung dan nak melawat kebun saya 🌴🌴. Rindu kebun saya! Dari haritu nak pergi tengok sebab abah cakap ade beberapa pokok yang senget, ade jugak yang patah sebab haritu ada ribut kuat. On the way ke kebun, mintak adik drop off saya kat tepi jalan sebab nak ambik angin jalan2 masuk kebun. Best sebab macam jungle tracking. Boleh hilangkan stress bekerja. Udara pun fresh je. Saya suka ❤!
Lepastu adik ajar main game dalam kebun, 1st time akangah tahu buat bunyi macam tu bila kite tepuk daun tu 🍁. Also, I play with dauh semalu 🌿. Hehe banyak ye pokok semalu. Lepastu macam biasa main snap2 gambar pokok hutan. Saya paling suka pergi kebun sebab baru la boleh main2, lepastu boleh belajar benda baru, lepastu boleh explore the nature ha gitew hihi 🥰. Waktu saya datang tu tak nampak pulak kawan2 saya, 🐒🐷. Nampak 🐿 and the geng je main lari2 tengah jalan. Tu pun lari laju2 sebab dia tahu akakngah kawasan nak jalan kat situ hehe 😛.
Petang hantar adik masuk hostel. Lepastu singgah watsons sebab stress tengok muka sendiri naik jerawat, mungkin sebab perempuankan. Hehe paham2 jelah ye 😆.
Ok nak masuk kerja. Bye and take care 🌹
Love,
Syamiza 💕
Comments
Post a Comment