18 August 2022 💬

Assalamualaikum and good morning good peoplesss 🥰

Morning view every morning, biasanya bila tunggu lift kite tengok view dari atas dulu hehe. Dari dalam bilik pun boleh tengok view yang sama sebenarnya. Tapi sempat tengok macam tu je sebab pagi2 kan rushing2 nak siap2 pergi kerja. Mana nak siapkan diri lagi, mana nak tengok jalan clear ke tak pepagi hehe. 

Harini kan turun dari rumah awal, tibe2 housemate whatsapp cakap "Miza.. ade nasi goreng nor masak tadi. Bawak ya. Nor dah masukkan dlm bekas." "Jngn lupa bawak taw". So, kite naik balik rumah sebab kawan dah siapkan breakfast hehe. Lagipun setiap hari makan kuih pakcik UTAS tu boring jugak walaupun sedap hehe 😂 Terima kasih kawan2 yg selalu je "Miza, ade makanan untuk miza." "Miza jom makan sama saya belanja." "Miza dah makan? Jom makan!" "Saya tunggu miza kat mamak." "Ada makanan atas meja miza." Thank you whoever you are, even saya nak diet tipu2 tapi tak jadi, saya bersyukur ada kawan2 yang selalu ada untuk saya 🌷.

Lepastu pergi kilang macam biasa, lepastu makan dekat canteen. Kalau canteen bawah biasanya kawan2 foreigner yang makan dekat sana. Biasanya port makan saya dekat hujung (read: kadang2 je makan kat canteen sebenarnya 😂), biasa tu port abang2 machinist makan, so boleh la borak kopitiam pepagi sebelum masuk kerja 😆.

Harini ada orang datang dan pasangkan noise dosimeter dekat machinist2 saya. Minggu lepas ada perasan ade visitor datang dan jalan2 dekat production, rupanya diorang ada buat noise mapping observation last week and found that dekat MCE ada high noise level and nak record berapa banyak noise yang machinist experienced seharian waktu bekerja. So, hari isnin haritu HR manager dah inform awal2 cakap akan ada orang datang and pasang device dekat machinist2. 

Awal2 pagi tadi En. Amir (person who in charge to setup equipment noise dosimeter) dah datang dan pasangkan equipment dekat machinist2. So diorang akan pakai noise dosimeter start 8am until 5pm macam tu. And dia akan datang collect back at 5pm. So, each machining department ade 1 orang yang akan pakai device ni. Tadi tanya jugak boleh terus tengok result ke? Dia cakap boleh, then dia tunjuk macam mana nak tengok result, ada yang over dose okay! 😂 Tapi tak sempat tengok which one punya. Tapi dia cakap nanti dia keluarkan printed result and give recommendation based on result.

Lepastu ada sorang machinist saya (yang photo no 3 tu), dia tanya saya tak mau tangkap gambar saya ke? Sambil posing 😂 sebab En Amir tu ambik gambar dia, so dia nak saya ambikkan sekali gambar dia 😆😆 En Amir tu pun gelak2 je dekat dia. Korang nak tau, dia antara machinist yang paling kelakar. Dia selalu cakap saya tak serius kalau dia cakap sebab saya selalu gelak2. Padahal dia yang buat saya gelak. Saya dah la mudah terhibur hehe. Saya selalu cakap dekat dia "You are so funny". Lepastu dia akan cakap "bagus ma, so no stress" 😆



So, lepas ni kene rajin pakai earplug ya kawan2 😆 Saya pun rasa macam saya pekak jugak kadang2 tu. Hehe. Ada satu haritu nak balik dari Temerloh ke Shah Alam, saya up volume radio sampai 19, lepastu Atiey slow kan balik sampai 16. Tak lama lepastu saya up kan balik volume, lepastu Atiey slow kan balik. Lepastu macam berfikir gak la, saya ni pekak ke? 😆😆😆 yelah kalau kerja dekat production ni, bising dia lain macam. Kadang2 sampai kena jerit2 kalau nak cakap haha 😅.

Dah settle kan semua, sambung kerja balik. Macam2 ya buat harini. Meeting dengan subcon. Discussion untuk parts yang out of tolerence. Report for rejection part. Update new job. Jalan2 dekat production. Dan lain2 🥲😊.



Esok hari jumaat! Tak sabar nak balik Temerloh. Jumpa ma abah and family! Biasa hari sabtu kite teman ma pegi pasar pagi yang dekat area rumah tu. Sambil tu boleh beli apa2 yang macam teringin nak makan hehe. Lepastu, request ma masakkan 😋.

*continue....

19 August 2022*

Such a hectic day. Pagi2 dah bawak En Amir round production untuk pasang device dekat machinist. Pagi sampai ke petang duk settlekan parts, ada yang out of tolerence, ada yang reject, ada yang kene rework, macam2 ya. Duduk dekat meja tak sampai 5 minit dah orang duk panggil2 🙄 Petang baru sempat duduk dekat meja, tengok MO yg bersepah2 atas meja tu 😂. Biasanya time2 nak balik la banyak MO atas meja. Macam biasa la kalau larat kite OT, so harini kite OT sekejap sebelum balik. Nak balik pun tak senang kalau atas meja ada macam2 kan?


Korang tengok la berapa tight tolerence dia. Boleh tercekik ye. Nak masuk machine balik pun takut reject je 🥲 4 micron weh. Haha lagi kecik dari semut 😑.


7.40pm macam tu dah siap2 kemas barang untuk balik. Yeay 🌸

Good night and happy weekend kawan2 saya 🥰.


*continue....

20 August 2022.


Nice view kan pagi2 😍. Tapi camera phone saya tak cantik sangat hihi 😅.

Pagi2 lepas subuh, dah packing2 beg kerja, ambik baju kerja masuk dalam beg nak balik Temerloh. Sebenarnya nak balik malam tapi.... haha tertidur lepas isyak! Ya Allah, syamiza sangat! Bangun2 terus sidai baju, lipat baju sikit macam tu. Tengok2 dah pukul 12 lebih. Maka kemas katil dan sambung tidur hehe 😂 Kan ma dah pesan semalam kalau tak larat balik malam, balik pagi. Awal pagi saya dah call Atiey tanya dah bangun ke belum. Yelah kan nak balik awal pagi!


Pukul 7pagi dah keluar rumah isi minyak, topup touch n go. Tapi machine touch n go offline pulak. Nasib baik haritu memang ade topup lebih 🤔🤔 Lepastu gerak sampai dekat Atiey dah sampai dalam 7.30pagi macam tu. Nak keluar dari KL dalam setengah jam jugak la untuk sampai tol Gombak. Warga KL kerja ke hari sabtu? Kemain ye banyak kereta macam hari bekerja haha 😂 Masuk tol Gombak terus drive sampai Temerloh. 9.15pagi macam tu dah sampai! Sampai2 ma baru balik dari pasar pagi. So harini ma beli nasi lemak 😋😋 Thank you ma ❤

Activity apa yang best ya hujung minggu macam ni? 🤔🥰😍

Love,
Syamiza💕

Comments

Popular posts from this blog

hidup aku di Kolej Matrikulasi Teknikal Johor .

b'QWERTYUIOP

cara" memilih ubi kentang dengan betul :)