13&14 August 2022 - Taman Tasik Kota Kemuning & Pustaka Raja Tun Uda

Assalamualaikum dan hi kawan2 saya 😊

How's your day? how's it going? is it good? great? Alhamdulillah :)

When you read this, saya masih dekat library dan sekarang dah pukul 4:28pm. Guruh pun dah berbunyi, kilat pun dah berapa kali say hi. So kita dah kena balik rumah, cari makan. Nanti saya sambung typing okay? 🤭

*ok sambung* 

Turun je dari library tadi terus hujan lebat! Rasanya tadi waktu kemas2 belum hujan lagi. Takpelah alang2 dah angkat beg, kite terus jelah keluar huhu. Lepastu jalan slow2 pergi parking, sunyi ye kawasan parking dia walaupun banyak kereta. 😅

1) Pustaka Raja Tun Uda Shah Alam.

Ni first time saya pergi library Shah Alam, nama penuh library ni Pustaka Raja Tun Uda Shah Alam (written in parking ticket), haha ye parking kene bayar RM2. Masuk2 je abg parking tu dah tersengeh-sengeh mintak bayar parking. Sabor jelah. Tapi parking banyak, kawasan parking pun okay, luas. I like! 😃

Since saya masuk dari parking level 3, so tak masuk dari main entrance dia, jadi takde gambar library dari depan nak share. But, surely korang boleh google view and facilities yang ada dekat library ni. Saya masuk2 je semua meja full, so naik atas full, naik lagi pun full, last2 sekali pergi cari dekat hujung2 kalau2 ade port yang best untuk duduk sambil baca buku. So ni first place saya duduk waktu sampai, best ye kerusi dia, siap boleh bersila lagi haha. Kerusi dia boleh rotate 360 okay! hehe. So nak tengok luar boleh nak tengok rak2 buku macam ni pun boleh 😎.


Harini main point nak datang library sebab dah lama tak bau library dan baca buku dekat library 🤗. Dari malam tadi dah google library mana yang macam best untuk lepak2 dihujung minggu. Eh hehe. Yela dulu2 kalau cuti sekolah je mesti pergi library depan rumah. And fav buku untuk baca adalah Mr. Midnight 👻 by James Lee (try korang google). Cerita dia tak seram pun tapi dia series, so okay la untuk baca. Bila dah lalu dekat rak buku, saya ambik 1 buku, sebab target nak baca buku yg boleh habis hari yang sama. So saya baca encyclopedia. Kalau baca encyclopedia laju je habis sebab buku dia kan colorful, confirm tak mengantuk and tak bersambung2. Biasanya buku macam ni saya akan baca dari belakang ke depan. So that rasa cepat sikit habis. Korang macam saya tak 🤔? Then sempat snap2 part yang macam interesting untuk share dengan kawan saya. Kalau korang nk baca korang zoom okay?

Lepastu tengah duduk2 baca buku ramai pulak adik2 sekolah menengah bawak geng duduk area saya duduk and cakap kuat2, so saya sebagai kakak2 yang sudah berusia ni mengalah la pergi duduk tempat lain pulak huhu 😇. Sempat la baca beberapa helai lagi sebelum tulis diari saya. Dalam diari tu saya tulis activity yang saya buat setiap bulan since 2016. Lama kan? 😁 So, kalau dah tua nanti boleh la tengok dan ingat apa activity yang saya pernah buat waktu muda. Cewah 🙈 hehe.


Tadi  keluar dari library dalam pukul 4:40pm macam tu, masuk kereta baru perasan ada buah-buahan yang kononya nak bawak masuk library senyap2 tu. Tapi tak jadi sebab kan first time datang, takut ade guard tahan hehe 😅. Btw, sebelum balik tadi ada guard yang check beg kite, maybe sebab bawak beg laptop kan, dia takut kite bawak keluar buku dari library la tu. but its okay as long as kite tak ambik buku dalam library tu should be fine kalau dia nak check pun. Chill okay?

Buah ni saya beli dekat Dataran Otomobil, if you guys lalu dekat sebaris surau kat situ korang akan nampak abg lori jual buah-buahan and buah2 dia semua murah2. Setiap hari buah2 dia lain2. Sebabkan saya selalu beli, abg tu pun dah ingat dah saya 🤭. Semalam (sabtu) dia tanya saya kerja ke? sebab biasa hari kerja je saya singgah, saya cakap tak lah, nak pergi merayap, dia cakap jangan lupa balik rumah, nanti mak marah. Haha sabor jelah hai 😆 so we have grape and mango untuk di makan, sebab harini tak makan apa2 lagi dari pagi kecuali buah anggur 😅. Keluar awal pagi, balik dh petang dah pun.

1) Taman Tasik Kota Kemuning.

Semalam (13 August 2022), pergi jalan2 Taman Tasik Kota Kemuning dengan Kakpah. Sebenarnya Kakpah ajak jogging tapi.... haha ada la yang menyebabkan seorang syamiza malas jogging hehe 😆. Kitorang jalan2 je dekat taman tasik satu round. Compare dengan Taman Tasik Shah Alam(TTSA), Taman Tasik Kota Kemuning(TTKK) tak crowded macam TTSA,  tasik dia pun lagi kecik dan kurang activity, so sesiapa yang nak berjoging dan tak nak jumpa ramai org boleh la datang TTKK. Sempat la berselfie sekeping dua dengan kakpah sebelum balik.

 

Sebabkan lemak2 kitorang dah nangis sedih kitorang dah bakar dia, kitorang singgah la Seksyen 24, makan cendol sekejap huhu. Dulu waktu 1st time datang kedai ni kitoang terkekek-kekek gelak sebab signboard kedai ni tulis 100 jenis cendol haha 😂. You guys can try, okay la cendol dia. Boleh la sejukkan tekak korang tu huhu.

Productive day betul ya hari semalam. Bangun2 terus kemas rumah, sapu sampah, mop lantai, lap2 meja dan kemas cabinet dapur, kemas2 peti (sorry housemate saya kalau korang tengok ada barang korang yang hilang, sy dah buang yg mana dh rosak hihi sorry 😅). Lepastu basuh baju, sambung kemas bilik dan basuh toilet. Siap2 ikut kakpah pergi tengok rumah and pergi taman tasik. Biasakan hari sabtu kan kita balik rumah, takpun kita pergi factory, mana sempat nak kemas2 semua ni. Since sabtu ni kite duduk rumah, so kite kemas2 apa yang patut.

Sekarang, 9:46pm, esok dah kerja kan? Selasa, rabu, khamis ada customer audit. Hopefully everything will be okay. Doakan! InshaAllah. So hujung minggu ni macam productive sikit, takde la duduk rumah je kan. Oh by the way dekat Netflix dah keluar Never Have I Ever Season 3! Baru perasan semalam hehe. Korang tengok tak? Best jugak! Boleh la layan sebelum tidur hehe 😆.

Good night and have a nice day ahead korang ❤.

Love, 

Syamiza💕
















 

Comments

Popular posts from this blog

hidup aku di Kolej Matrikulasi Teknikal Johor .

b'QWERTYUIOP

cara" memilih ubi kentang dengan betul :)