11 August 2022 - Good Morning 🌻

Assalamualaikum and Good Morning 🦋,

Pukul 5.45pagi dah bangun untuk mandi dan meneruskan pejuangan hidup hehe. Siap2 untuk solat subuh dan mengaji sikit. Baru la rasa bermotivation sikit dipagi hari sebelum pergi kerja kan hihi 🤭🤭


Harini pukul 6.55pagi dah keluar dari rumah untuk mencari rezeki. Ya, rezeki perlu dicari ya kawan2 bukan di tunggu. ALHAMDULILLAH. Praise to Allah. Untuk kecukupan rezeki sampai harini. Terima kasih Ya Allah sebab baik dengan kite 🙈.


Pukul 7 macam tu dah sampai dekat factory, cepat ye. Sebab harini naik motor dan tak singgah beli sarapan 😆 Bila naik motor kene keluar awal sebab takut banyak kereta. Saya kan newbie lagi. Lesen pun belum habis L lagi 😂. Kalau keluar awal, biasa tak banyak kenderaan so rasa selamat sikit. Lagi pun kalau drive biasanya nak lintas jalan pun kemain ye kene hadap jem! Padahal jarak rumah dan kilang hanya lebih kurang 2km sahaja 🙄 Tapi kalau naik kereta boleh la datang lambat sikit dalam 7.30pagi macam tu gerak dari rumah. So dalam 7.45pagi macam tu dah sampai kilang siap singgah beli kuih lagi 😂.

Dah sampai, kita kene scan muka dulu. So sesiapa yang takde boyfriend atau girlfriend tu jangan risau tau, sebab setiap hari awak selfie hr tengok k 🥰 No worries! Hehe. Paling geram bila kadang2 tak detect. So apa yang perlu kita buat adalah senyum dengan lebih kuat! Haha 



Such a good day bila pagi2 tak ramai lagi yang sampai, udara pun fresh gila! Biasanya ada beberapa orang yang baru sampai. Biasa kalau pagi2 datang awal saya akan duduk2 dulu berborak dengan abang2 machinist. Kalau rasa macam dah makin ramai yg sampai, dah boleh gerak masuk office kut 😆 Malu 🙈  Pagi2 saya akan lalu dekat line production. Jalan2 cuci mata tengok machine siapa yang tak buat 5S sebelum balik! Awas ya sebab kadang2 sy bebel kalau banyak chips tak buang! Kilang kami ade 3 buiding, 1 building untuk MCE&MCTech, 1 buiding untuk MCAero, 1 lagi untuk Warehouse.


Bila dah sampai office, duduk2 dulu sambil memikirkan masa depan kita. Eh 🤭. Bukan. Sambil main phone 😆 Masa ni lah baru sempat nak baca news ke nak tengok update story kawan2 ke nak tengok whatsapp yang terlepas pandang tu. Lepas tu boleh la tengok gosip semasa ke nak tengok photo boyfriend yg jauh dimata dekat dihati ke kan hihi. 🤭🤭

Ni la meja saya. Ade 2 botol air kan? Tapi lepas tu terus nyorokkan, haha harini kan puasa! Ni kalau jalan2 dekat production ni lepas tu duduk kat meja rasa tergugat jugak iman ni kalau ade botol air atas meja hehe 😂


Pukul 8pagi, bila siren dah bunyi dah boleh siap2 tarik nafas untuk start computer dan menjalankan tugas hakiki sebagai seorang syamiza 🤠.

Harini pagi2 manager dah mintak report for management meeting. Semua dah siap! Tinggal update data for rejection sahaja. Dengan pantas bukak ERP system, download data, analyze sikit2, plot graph dan siap! 😎 Next, round production dan settlekan problem machinist2 saya yang  macam2 kerenah tu 😅 Geram je dengan diorang ni. Kadang2 tu ada masa yang nak marah tapi confius sama ada nak marah ke nak gelak, because sometimes they are so funny! Biasa kalau mengantuk duduk depan pc, terus keluar pergi machine area untuk hilangkan mengantuk dan berborak dengan diorang 😂.

Harini banyak report KBAT yg kene overthinking lelebih untuk di siapkan! Kadang2 tu otak pun letih nak berfikir idea nak buat report sampai ada masanya saya berdiri tepi machine, tunggu dan tengok machinist buat kerja sampai siap. Yelah perlukan idea tapi idea tak muncul2 😅. 


Sebelum balik tadi ada discussion dengan manager, manager tanya macam mana nak improve attendence since ade yang datang lewat. Awas ya siapa datang lambat boleh masuk dalam Top 5 Latenesss July 2022 and boleh famous waktu managemnet meeting! 😂 Tadi manager bagi tau antara sebab mungkin diorang datang lambat. 1st maybe diorang sakit perut and nak membuang. 2nd sebab tayar basikal pancit. Yang 3rd ni sampai sekarang saya tak boleh fikirkan 😆😆 which is manager cakap maybe kasut dia kene gigit anjing 😆😆😆 hahaha memang gelak besar la saya, cannot imagine how can kasut kene gigit anjing. Terus je manager cakap 'Kasut you pernah kene gigit anjing tak?'. I said no! Haha. Dia cakap mungkin sebab rumah saya tak de anjing 😂😂 i laughed sampaikan manager sebelah cakap miza so happy, you gelak so cute. Aww 🙈🙈 haha mana pernah orang cakap kite gelak comel kikiki. 

Next, after office hour, saya dan rakan2 sambung OT, sebab kan ade kawan programmer ni dia macam takde kerja, so i asked him to tag my name dekat semua pen baru saya😆 Thank you walaupun senget2 tampal. Saya memang kalau boleh nak tampal nama dekat semua pen, sebab senang nanti kalau tertinggal kat mana2 boleh guna. Memang jenis tak suka guna pen orang. Tak best! Rasanya every month akan beli pen baru sebab selalu tinggal pen merata-rata dan selalu je pen kene ambik! Haha.

Lepas office hour, waktu orang dah takde ni la baru idea laju je mencurah2, sampaikan rasa macam tak cukup masa untuk siapkan report. Tapi tulah waktu balik kite kene balik 😆 Katil pun dah memanggil2. Hehe.



Lepas kerja, terus ajak Kakpah teman berbuka. Nasib baik Kakpah selalu onz kalau ajak teman makan! Saya kalau boleh memang taknak berbuka sorang2, dah la rehat tidur sorang, takkan makan pun nak sorang2 kan? Lagipun need someone to talk too. Macam2 nak cerita! 😃 


Dalam pukul 10 baru ingat ada rumah, so baru balik. Hihi. Pergi kerja langit masih gelap, balik pun langit dah gelap. I do hope someday akan dapat kerja yang boleh pergi kerja lambat dan balik awal. Doakan saya! 😊😚 Tapi kerja sekarang pun Alhamdulillah okay. 


When you read this last paragraph, you will know that I finish typing all this story during midnight. Now already 1.17am. I cannot close my eye yet.  Biasa tidur awal kan? Tapi sebab nak post jugak something dekat blog ni, saya tidur lewat! Hopefully esok tak mengantuk macam mumia didi and friends 🥴 Sekian diari 11 August 2022 saya. Enjoy and have a nice day ❤!

Love,
Syamiza 💕






Comments

Popular posts from this blog

hidup aku di Kolej Matrikulasi Teknikal Johor .

b'QWERTYUIOP

cara" memilih ubi kentang dengan betul :)