Coleslaw & ayam goreng spicy korea DIY π
Selamat malam kawan2 yang rajin tekan link dekat bio Syamiza π
Hari sabtu macam biasa, kalau tak pergi jalan-jalan bandar Shah Alam atau balik kampung, saya akan jalan-jalan ke dapur rumah sewa saya π Bila jalan-jalan masuk dapur mesti la kene makan kan? hehe. Ade la masak2 sikit untuk orang bujang. Masak nasi. Buat coleslaw. Goreng ayam goreng spicy korea. π₯°
Blog saya bukan tempat belajar masak ye, saya pun tak pandai masak. Boleh la nak makan sendiri. Setakat ni tak confident lagi nak bagi orang lain makan hehe. Sorry kawan2. Okay jom tengok menu harini π
1) Coleslaw
Bahan-bahannya:
So, benda pertama yang saya buat adalah bancuh susu fernleaf, sebenarnya kene guna susu kotak dutch lady ke farm fresh tu. Tapi mana ada kan? Saya guna apa yang ada jelah. Jimat duit, jimat energy nak pergi kedai π€. Lepas tu potong carrot dan kobis kecil (walaupun tak berapa kecil, kita hantam sajalah π). Dah siap kita masukkan semua dalam mangkuk hijau (bukan mak kau hijau).
Masukkan susu dalam mangkuk yang dah letak carrot dan kubis, masukkan mayonis dalam 5 atau 6 sudu, masukkan gula 1 sudu, masukkan garam sikit. Gaul sampai sebati. Lepastu rasa. Kalau tak sedap masukkan apa2 yang korang rasa kurang. Macam saya, saya punya dah okay so masuk peti jelah kut bagi sejuk hehe π
Siap! Okay terus masuk fridge. So dah siap coleslaw acah-acah KFC. Boleh la makan dengan nasi atau roti. Makan macam tu pun boleh π.
2) Ayam goreng Spicy Koreaπ
Okay kita move on kepada resepi no 2. Resepi ni senang sikit. Sesuai untuk orang malas macam Syamiza. Tapi ni first time buat sorang-sorang. Haritu ada buat dengan roommate saya. Harini dia pergi dating so kita masak jelah sorang-sorang. Hai roommate yang tengah baca tu π
Bahan-bahannya:
Sediakan bahan-bahan macam gambar atas tu (ni version malas. 4 barang je. Kalau ada yang lagi malas dari saya tak tahu lah. Haha sebab rase macam saya orang paling malas dalam dunia ni bila hari sabtu π).
Okay sambung, salutkan ayam dengan tepung goreng ayam (boleh guna brand apa-apa as long as korang tak rembat yang kawan π). Kemudian goreng dalam minyak masak yang panas dalam kuali bujang korang.
Dah siap? Apa lagi, tos kan minyak ayam tu. Kurangkan minyak k. Baru boleh guna Sos Korea Adabi ni. Yang ni saya beli dekat Checkers je. 1packet kecil di dalam seringgit lebih tak silap. Cara guna dia letak after ayam dah siap goreng (korang boleh jugak baca step by step dia belakang packet tu). Okay saya kasi zoom satu kali. Mane tahu korang nak try kan. So far, okay sedap and pedas. Recommended sangat untuk yang suka makan pedas.
Cukup la kan dua resepi saya share harini. Dah boleh makan lah kalau macam tu kan. Korang pun boleh try okay?
Setiap kali korang makan jangan lupa baca doa. Bersyukur dengan apa yang ada. Kalau korang rase korang susah, ingat, orang lain ada yang lebih susah dari kita. Kalau korang rasa pedas jangan lupa minum air k. Bye π
Love,
Syamiza
Sedapnya! Sis tak jumpa butang follow lah. Hehe
ReplyDelete