Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck by HAMKA

assalamualaikum .

hai" . akhirnya aku berjaya habiskan buku TENGGELAMNYA KAPAL VAN DER WIJCK yang di karang oleh HAMKA . kenalkan ? tak kenal ? pi bukak buku pendidikan agama islam tingkatan 5 . apa ? belum masuk tingkatan 5 ? kalau gitu gi pinjam buku kakak" & abang" senior . kalau dyorang tak bagi kate je ' KEDEKUT ' n terus blah ;)

ni buku nya :)
setelah sekian lama aku search buku ni kat library depan rumah aku akhirnya ketemu jua :)
ni la buku yang ustad wan duk sebut" dalam kelas . aku yang duk depan sekali ni , memang betul la mudah terpengaruh & mase cuti ni aku memang nekad nak cari buku ni .

aku bace buku ni memang tak berniat nak tulis dalam buku nilam . sory la memang sape yang nak beli buku nilam tu tak yah gi beli . ambil je yang aku ni ha . bersih , suci lagi murni tau . haha . PROMOTE" ! nanti aku nak usul kan dekat pejabat buku nilam tu suh buat ruang yang besar untuk budak" menulis . yela tulisan besar kan , nak tulis bukannyer 1 muke surat buku tu boleh ringkaskan 50 mukasurat yang kita baca . err --' ape yang aku duk merepek sorang" ni .

jujur la cakap first time bace buku ni aku memang rase nak campak buku ni , sebab bahase yang dia guna memang tinggi . dia engat aku n budak sastera ke ? otak aku yang agak seimbang ni pon kadang" tak dapat tafsir dan mencerna ape yang hamka try nak bagitau aku . mungkin orang indonesia lebih memahami ._. 2 hari aku berhenti bace buku tu untuk dapat kan kekuatan untuk habis kan buku tu .

dalam buku ni aku dapat agak sikit banyak pengajaran & kata" yang agak indah .
antaranya . . . . . . 

orang perempuan yang menyerahkan diri kepada suami lantaran suami itu berharta , samalah dengan perempuan lacur yang menjual kehormatannya , bahkan lebih buruk dari perempuan lacur , sebab perempuan itu menjatuhkan harga dirinya kerana hendak mencari sepiring nasi , tapi si isteri ini memberikan diri kerana mengejar harta .
*  petikan surat dari zainuddin kepada hayati *

antara orang yang tercela di dunia :

yang pertama : orang dengki , yang selalu merasa sakit hati melihat orang di beri Allah nikmat .
kesakitan hatinya itulah yang menyebabkan dia celak , padahal nikmat Allah tak dapat dihapuskan oleh tangan manusia .

yang ke-2 : orang yang tamak dan loba .
sentiasa merasa belum cukup dengan apa yang telah ada dalam tangannya , selalu menyesal , mengomel , padahal yang akan didapatnya tidak akan lebih daripada yang telah ditentukan Allah dalam kudrat-Nya .

yang ke-3 : orang berdosa yang terlepas dari tangan hakim .
contoh : kerana pencurian atau pembunuhan , kerana memperkosa anak bini orang .
orang begini , meskipun terlepas dari jaringan undang" , tidak juga akan merasai nikmat sedikit pun kemana jua dia pergi . kesalahan dan tangannya yang berdarah selalu terbayang- bayang di ruang matanya . polis serasa-rasa mengejarnya juga . di mana orang berbisik-bisik , disangkanya memperkatakan hendak menangkapnya juga .

see ! bahasa dia memang tinggi . ni baru sikit . tapi ape" pon aku dah capai misi aku mase aku menganggur ni   ! . hehe :)


Comments

Popular posts from this blog

hidup aku di Kolej Matrikulasi Teknikal Johor .

b'QWERTYUIOP

cara" memilih ubi kentang dengan betul :)